Sunday, 10 January 2016



annyeong .. /pout/ 
today, ellchacik wanna share with all of u about etiket di meja makan. so msti ramai yg rse mcm ape kes nk cite psal etiket kt meja makan tpi cuba korng bayang if one day korng kne makan kt depan jemputan a.k.a tetamu terhormat. xkn laa korng nk mkn selekeh2 je kan. msti korng kne mkn dgn sopan and beradab. meyh, ellchacik terangkn sikit cara2 nk mkn dgn sopan dimeja makan. /wink/ 




Table Manner / Adab di Meja 


merujuk kepada cara dan etika ketika menghadap hidangan juga termasuk penggunaan peralatan di meja makan seperti pisau, garfu, sudu, napkin, dan susun atur meja, pinggan, mangkuk dan gelas hidangan.

Susun atur dan etika meja selalunya dipraktikkan di restoran dan hotel, bagaimanapun etika gaya Eropah ini boleh di terapkan di rumah. 

Penggunaan Peralatan di Meja Makan

kebanyakkan orang tahu menggunakan pisau dan garfu untuk makan tetapi tidak tahu terdapat cara-cara tertentu dalam penggunaannya. Apabila makanan dihidangkan cara dan perletakkan pisau, garfu, adalah seperti gambar di bawah iaitu garfu diletakkan secara terbalik di sebelah kiri dan pisau diletakkan di sebelah kanan dengan mata pisau menghala ke dalam. 




Jika anda masih belum menghabiskan makanan dan ingin meninggalkan tempat duduk, cara dan perletakan pisau dan garfu adalah seperti di bawah iaitu diletakkan bersilang. Dengan cara ini, pelayan akan mengetahui yang anda masih mahu menghabiskan makan tersebut dan tidak akan mengemaskan meja.



Apabila anda telah menghabiskan makanan, cara perletakan pisau dan garfu adalah diletakkan secara bergandingan di sebelah kanan, dengan cara ini pelayan akan datang untuk mengemaskan meja.




Jangan terkejut, jika belum sempat anda menghabis makanan, pelayan sudah mengemaskannya.. selepas ini anda akan tahu apakah sebabnya...

BIL STATEMENT
1) Adab Makan di Meja Makan
2) Penyediaan dan Susunan Peralatan
3) Adab Penyediaan Hidangan di Meja Makan